TERMA DAN PERATURAN

 


Peraturan dan Terma penginapan " Para Tetamu Yang Di Kasihi "

1.  Sila beri kerjasama waktu Check in   pada pukul 2 petang & Check out   pada 12 tengahari. Sekiranya tiada pelanggan baru yang mendaftar masuk. Masa check out boleh dilanjutkan dengan kadar cas tambahan RM20.00 sejam atau dengan Rundingan budi bicara.

2. Kami menyediakan penginapan Mesra Muslim yang memfokuskan kepada Tetamu Muslim dan menerima penyewa yang menghormati peraturan rumah.

2  .1. Kepada  Keluarga muslim,   Penginap adalah terdiri daripada  kaum keluarga yang mempunyai hubungan  MAHRAM  atau kumpulan rakan yang sama  JANTINA  sahaja.

2.2.Bilangan Tetamu / Tetamu yang menginap di dalam homestay  ialah 6 orang dewasa   sahaja Kanak-kanak berumur di bawah 12 Tahun tiada Had.  Penyewa wajib memberi maklumat yang tepat di dalam borang tempahan.

3. Untuk tetamu dari  Malaysia  mereka dikehendaki memberi satu salinan IC (suami atau ketua kumpulan shj). Untuk pelancong dari luar negara mereka perlu mempunyai pasport /  Visa Antarabangsa    yang masih sah dari tarikh perjalanan.

3.1. Tetamu/Tetamu yang membuat tempahan di wajibkan hadir atau tinggal sekali di Homestay. Atau rundingan budi bicara

4. Anda di kehendaki membayar  Duit tempahan  atau tempahan sebagai tanda persetujuan untuk Lock Tarikh. Wang tempahan tidak akan dikembalikan sekiranya anda membatalkan tempahan.

4.1.  Deposit keselamatan    RM80.00 ini adalah bayaran berasingan daripada sewa homestay. .Deposit ini akan dikembalikan semula kepada tetamu homestay selepas check out(dalam masa 24 Jam). Sila beri Nama dan No  Akaun Bank  .

5. Baki bayaran sewa Homestay hendaklah dijelaskan ketika sampai homestay atau dibayar penuh pada hari tempahan

6.  Untuk penginap yang tinggal lebih lama contoh dua minggu atau sebulan. Deposit Api,Air serta Deposit keselamatan yang berbeza akan dikenakan berdasarkan persetujuan bersama (rundingan).

7.   Deposit kunci dan keselamatan akan dikembalikan jika tiada kehilangan atau kerosakkan kepada peralatan dan aset homestay. Jika terdapat kerosakkan penyewa dikehendaki membayar mengikut harga pasaran.

7.1  .   Tempoh tinggal di homestay adalah selama Dua minggu dan Maksima 1 bulan shj. Sepanjang tinggal dihomestay ketua keluarga atau kumpulan hendaklah berhubung terus dengan pemilik homestay jika memerlukan bantuan. Kemudahan mandian seperti shampo mandi (basik) disediakan adalah terhad kepada 1 satu keluarga atau maksimum 6 orang dewasa (kumpulan).

8. Hormati keteteraman jiran sekeliling. Mohon untuk tidak membuat bising atau memasang TV/muzik terlalu kuat.

9. Sila jaga keselamatan kunci & aset homestay. Dilarang membawa keluar segala peralatan dan kemudahan homestay. Perbuatan ini dianggap mencurigakan. Tindakan yang tegas akan diambil

10. Anda dinasihatkan untuk menjaga keselamatan diri, barang peribadi dan berharga. Pihak homestay tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan, kerosakkan .kecurian, kewangan dan kemalangan ketika berada di premis Homestay. Anda dikehendaki mengambil insurans peribadi /syarikat ketika bercuti atau bertugas di luar kawasan.

11.  Di Larang membawa & mengambil minuman keras /Merokok /Makanan tidak Halal di dalam Homestay. 

11.1. Memasak menggunakan Tong Gas di dalam homestay tidak di Galakkan.

11.2. Untuk Tetamu yang hendak memasak.kami menyediakan  Dapur Elektrik Induction   dan periok nasi elektrik sebagai pilihan. Panduan asas cara menggunakan dapur elektrik disediakan. 

11,3, Pihak Homestay hanya menyediakan Minuman Selamat Datang sahaja (Asas ) secara layan diri dan tiada penyajian tambahan.

12. Barang-barang terlarang dan mudah terbakar adalah tidak dibenarkan sama sekali dibawa ke homestay.

13.  Di Larang membawa haiwan peliharaan atau tinggal bersama di dalam homestay. 

14.Diminta tidak mengalih barang-barang milik homestay tanpa kebenaran. 

15. Dilarang menganjurkan majlis hari jadi atau majlis peribadi tanpa kebenaran pihak pengurusan homestay. 

16.  Di Larang melakukan sebarang jenayah dan berkhalwat. Tindakan tegas akan diambil 

17. Pastikan lampu, udara, penghawa dingin dan lain-lain peralatan ditutup jika tidak digunakan 

18. Sampah, Sisa makanan,  tuala wanita , lampin pakai buang bayi hendaklah dibuang setiap hari. Di tempat pengumpulan sampah yang terletak di Blok S atau diantara Blok F Dan G.     

19. Tempat parking kereta disini adalah bebas dan percuma. Boleh letak kereta dimana-mana tempat yang kosong dihadapan Blok Perumahan.

19.1. Jika tempat parking kereta di  Blok M penuh. Anda di galakkan letak kereta di Blok F atau G kerana disini banyak petak kosong dan Luas .Sangat sesuai jika ada urusan kerja pada waktu pagi. 

20.Pemilik Rumah/Pengurus homestay berhak memasuki homestay pada bila-bila masa sekiranya perlu.

& Kawalan Keselamatan Homestay

1. Jenis penginapan adalah  Pangsapuri Flat/Apartment . Mempunyai 3 buah bilik. Bilik 1 dan 2 mempunyai katil jenis Queen. Bilik ke 3 adalah stor homestay. 

2. Homestay kami dilengkapi dengan  Kamera Litar tertutup CCTV dan ianya ditempatkan di koridor luar pintu masuk Homestay sebagai kawalan keselamatan. 

3. Kemudahan tua adalah terhad kepada 4 helai sahaja. Jika telah digunakan dan basah. Tuala hendaklah di sidai di dalam bilik air atau ditempat yang dinyatakan.

4. Cas tambahan juga akan dikenakan jika terdapat tetamu yang check in lebih awal atau check out lewat.

Senarai semak pemulangan deposit kunci dan keselamatan

1. Pastikan homestay berada dalam keadaan bersih. Sampah, sisa makanan, tuala wanita, lampin pakai buang bayi hendaklah di buang ke dalam tong sampah (berhampiran Blok F & G). Tidak membawa keluar barang homestay ketika check out

1.1. sebelum check out. sila pastikan barangan milik peribadi dan penginap tidak tertinggal, Barangan yang tertinggal mungkin akan dilupuskan

2. Pastikan Pintu rumah dan Pintu Gril berkunci ketika check out. Anak kunci Grill disimpan dalam peti simpanan kunci yang disediakan.

3. Pastikan anda tidak merokok di dalam homestay. Potong rokok tidak bersepah di dalam dan di luar homestay.

4. Pinggan mangkuk hendaklah dibasuh selepas di gunakan. SusunAtur peralatan dan perabut hendaklah mengikut Asal.

5. Tidak dbenarkan menganjurkan sebarang majlis peribadi di dalam homestay

6. Deposit akan dikembalikan dalam masa 24 jam sekiranya tiada kerosakkan atau kehilangan peralatan & aset homestay serta mematuhi peraturan homestay.

Kadar Sewa & Tempoh penginapan di Homestay dan Bilangan Penginap

Kadar Sewa Hari Biasa & Cuti Umum

1. Sewa pada hari Isnin -Jumaat   = RM120.00

2. Sewa pada Hari Sabtu - Ahad = RM130.00

3. Sewa pada Cuti Perayaan,Cuti Umum,dan Hari Raya Aidil Fitri   (seminggu) = RM140.00

4. Cas tambahan juga akan dikenakan jika terdapat tetamu yang check in lebih awal RM10.00 dan check out lewat.RM20.00 sejam atau rundingan budi bicara.

Tempoh Penginapan                                                                    

1. Penyewa harian dikehendaki mematuhi peraturan waktu keluar/masuk homestay.Check in  2 petang ,check out 12 tengahari dan tinggal mengikut bilangan hari yang ditetapkan.

2. Bagi  penyewa homestay selama 2 minggu, Sebulan atau dalam lingkungan sebulan. diwajibkan membayar deposit keselamatan yang berbeza. Daftar masuk 2 petang, Daftar keluar 12 hari dan tinggal mengikut bilangan hari yang ditetapkan.   

3. Tindakan tegas akan diambil jika penyewa homestay ingkar atau  melanggari peraturan homestay seperti melakukan jenayah , berkhalwat, menipu dan sebagainya. Pemilik Homestay/Pengurus Homestay berhad tamat tempoh atau kontrak pada bila-bila masa jika melanggar peraturan diatas.